Langkau ke kandungan utama

Nikah

.
Lafaz ucapan merupakan suatu kata-kata yang disuarakan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan.

Berikut adalah di antara lafaz-lafaz ucapan yang baik untuk diamalkan dalam sesuatu majlis akad nikah :
.
1) Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki

Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan mengucapkan lafaz :

Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.”
.

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca‘Basmalah’ dan doa berikut  :
Doa Mohon Keberkatan Isteri
.
.
2) Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati : 

“Ya Allah! Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat.”


Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin : 

Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah سبحانه وتعالى.”
.
.
3) Penyerahan Tanggungjawab Wali Kepada Pengantin Lelaki

Dilaku dan dibacakan oleh wali pengantin perempuan atau wakilnya serta disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut : 

Lafaz Penyerahan Tanggungjawab Wali Pengantin

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah سبحانه وتعالىke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin…” 
.
.
4)  Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan

Lafaz pesanan berikut dibaca oleh ibu kepada pengantin perempuan :

Lafaz Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah سبحانه وتعالىsepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…”
.
.
5)  Lafaz Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan

Lafaz ucapan terima kasih berikut dibaca oleh pengantin perempuan kepada ibu bapanya :

Ucapan Terima Kasih Dari AnakPerempuan

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
.
Kemudian salam dan cium tangan ibu bapanya.
.
.
6)  Lafaz Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki

Lafaz ucapan berikut dibaca oleh pengantin lelaki sebagai menerima tanggungjawab terhadap isteri :

Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالىdi atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut : 

1) Memberi nafkah zahir dan batin.
2) Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3) Keselamatan yang terjamin.
4) Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah سبحانه وتعالى.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah 
سبحانه وتعالى.”
.
Semoga pasangan yang akan bernikah dapat mengamalkanlafaz-lafaz ucapan di atas agar ia memberikan kesan menyusuk qolbukepada setiap individu yang berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan kebahagiaan, keharmonian dan kerukunan berumahtangga.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu Tak Berbalas

    Assalamualaikum Salam sejahtera pada yang sudi singgah kat blog abam kacak sorang ni,  tak lain tidak bukan sang penulis ini sendiri .,hahahaha.... Alhamdulillah hari ni selepas lama menyepi abam nak tulis satu artikel tentang RINDU yang tak berbalas , Haha nampak macam jiwang sikit kan...     Makin di tolak makin kuat ai datang, kalau di biar makin terseksa jiwa, mugkin akan hilang tapi bertahun tahun itu lah salah satu perasaan yang tak boleh nak di buang adalah rindu.. Yup itu lah rindu     Merindui seseorang yang pernah jadi  kekasih bersemi kuat di dalam dakap dada kadang membuatkan kita serba tidak kena.. Fikiran kita melayang jauh dan kerja seharian kita asyik saja terbatas.. Atas alasan merindui, kadang kita termenung panjang teringat  kenangan lalu terus membuatkan derita di dalam jiwa hanyut di alam sendiri..    Rindu pada kisah lalu membuatkan kita tenggelam di khayalan yang kita inginkan.. Membiarka...

Cara Sampaikan Rindu

CARA SAMPAIKAN RINDU KEPADA SESEORANG "YA ALLAH , sampaikan salam rinduku kepada.... ( nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Amin... " Atau Membaca al-FAtihah sambil tangan menekup dada dengan niat semoga Allah sampaikan perasaan ini padanya seikhlas hati :) "Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita ..  Tugas pertamaku bukan mencari dirimu, Tetapi mensolehahkan diriku... Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehan mu... Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik'

Hina Dan Di Caci Dalam Agama

      Assalamualaikum, ari ni abam nak cerita sikit pasal,.Hina dan di caci dalam Islam.... Masa di dunia, mungkin orang yang mencaci tidak merasa akan kesalahannya sehingga ia terus melakukan hal tersebut. Namun, tanpa ia sadari, para malaikat telah mencatat semua perbuatannya yang harus dipertanggungjawabkan di akhirat. Inilah pahala bagi orang yang dihina dan dicaci di dalam Islam jika ia menerima semua itu dengan hati yang Iklas. Mencaci orang merupakan perbuatan yang tercela dan Allah akan melaknat orang yang melakukan hal ini. Pada umumnya, mereka yang mencaci memiliki sifat yang sombong dan suka menyakiti hati seseorang. Padahal Allah yang Maha Pencipta pun tidak pernah menyakiti hamba-Nya. Lalu apa hukum menghina orang lain menurut islam? Rasulullah pernah bersabda bahwa mencaci seorang Muslim merupakan perbuatan fasiq dan membunuh seorang Muslim merupakan perbuatan kufur. Namun, rasanya sekarang ini semakin banyak orang yang tidak memperhatikan peringatan ini...