Langkau ke kandungan utama

Rindu Tak Berbalas


    Assalamualaikum Salam sejahtera pada yang sudi singgah kat blog abam kacak sorang ni,  tak lain tidak bukan sang penulis ini sendiri .,hahahaha....
Alhamdulillah hari ni selepas lama menyepi abam nak tulis satu artikel tentang RINDU yang tak berbalas , Haha nampak macam jiwang sikit kan...




    Makin di tolak makin kuat ai datang, kalau di biar makin terseksa jiwa, mugkin akan hilang tapi bertahun tahun itu lah salah satu perasaan yang tak boleh nak di buang adalah rindu.. Yup itu lah rindu

    Merindui seseorang yang pernah jadi  kekasih bersemi kuat di dalam dakap dada kadang membuatkan kita serba tidak kena.. Fikiran kita melayang jauh dan kerja seharian kita asyik saja terbatas.. Atas alasan merindui, kadang kita termenung panjang teringat kenangan lalu terus membuatkan derita di dalam jiwa hanyut di alam sendiri..

   Rindu pada kisah lalu membuatkan kita tenggelam di khayalan yang kita inginkan.. Membiarkan perasaan itu ada dan terus menyiksa batin demi sedikit dan amat perlahan sekali.. Dan terasa kesakitan yang amat susah hilang walau telah tiada lukannya.. Kerana parut itu tetap kekal di dalamnya..

   Rindu pada kisah lalu hinggakan terlupa kita punyai tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.. Di dalam membawa diri, semakin jauh akan kekuatan diri yang sepatutnya mewarnai kehidupan kita.. Kita lupa dan terus hilang akan keyakinan diri.. Kita asyik dengan cinta yang pergi..

  Rindu yang amat terasa hingga terlupa pada realiti, dia bukan lagi milik kita. Rindu yang selalu bermain dijiwa hingga kita asyik dalam dunia kita sendiri.. Hingga terkadang kita hilang kendalian diri..Jiwa ini selalu sahaja ada rasa kasih dan rindu yang mekar.. Walau di usir jauh, namun rindu ini tetap ada walau pun tak berbalas ku cuba hilangkan bayangan wajahmu.. Kau tetap ada.. Ingin sahaja aku pergi mencarimu.. Datang dan ketemu.. Dan ku nyatakan aku masih rindu padamu ..

Namun, apa yang aku takut.. Adakah dikau mengerti perasaan rindu ini..
Bila merindui seseorang tidaklah bererti itu kata cinta.. Namun jika telah ada cinta.. Rindu itu pasti ada..
Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah... Tetapi terlalu manis untuk dikenang

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan 

Andainya hadir cinta untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir 

Kecewa cinta bukan bermakna dunia sudah berakhir, masa depan yang cerah berdasarkan msa lalu yang telah berakhir 

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya, tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..... 

    Mungkin cara orang berlainan untuk melepas dan melupakan kan seseorang tapi yakin la andai dia jodoh kita jauh mana tetap dia milik kita, tapi kalau bukan jodoh doa kan dia mendapat jodoh yg lebih baik insyaallah.... Itu saja dari pada abam kacak... Assalamualaikum.....   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Sampaikan Rindu

CARA SAMPAIKAN RINDU KEPADA SESEORANG "YA ALLAH , sampaikan salam rinduku kepada.... ( nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Amin... " Atau Membaca al-FAtihah sambil tangan menekup dada dengan niat semoga Allah sampaikan perasaan ini padanya seikhlas hati :) "Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita ..  Tugas pertamaku bukan mencari dirimu, Tetapi mensolehahkan diriku... Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehan mu... Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik'

Hina Dan Di Caci Dalam Agama

      Assalamualaikum, ari ni abam nak cerita sikit pasal,.Hina dan di caci dalam Islam.... Masa di dunia, mungkin orang yang mencaci tidak merasa akan kesalahannya sehingga ia terus melakukan hal tersebut. Namun, tanpa ia sadari, para malaikat telah mencatat semua perbuatannya yang harus dipertanggungjawabkan di akhirat. Inilah pahala bagi orang yang dihina dan dicaci di dalam Islam jika ia menerima semua itu dengan hati yang Iklas. Mencaci orang merupakan perbuatan yang tercela dan Allah akan melaknat orang yang melakukan hal ini. Pada umumnya, mereka yang mencaci memiliki sifat yang sombong dan suka menyakiti hati seseorang. Padahal Allah yang Maha Pencipta pun tidak pernah menyakiti hamba-Nya. Lalu apa hukum menghina orang lain menurut islam? Rasulullah pernah bersabda bahwa mencaci seorang Muslim merupakan perbuatan fasiq dan membunuh seorang Muslim merupakan perbuatan kufur. Namun, rasanya sekarang ini semakin banyak orang yang tidak memperhatikan peringatan ini...